Tuesday, 14 February 2012

TIDUR

Dalam pada aku menulis tajuk entri aku kali ni, aku cuba memikirkan intro untuk entri ini. Dalam tak sedar aku dah tertulis sebuah intro yang sederhana panjang bagi pembacaan kau. Bagus bukan?

Sia-sia kau jadi manusia kalau kau tak mengerti nikmatnya tidur. Tidur yang paling nikmat ialah bila pagi esok kau ada exam. Memang payah nak bangun pagi time-time macam tu kan? Aku tau dah. Mana aku tau? Kau jangan tunjuk bengap sangat, aku pun student jugak dulu.

*gambaran Sir Andrew dan kau dalam kelas*

Sir Andrew :  Esok kita ada pop kuiz. Jangan ponteng.
Kau : Aku kena tidur cepat malam ni. Kalau tak esok pagi takut oversleep.

Pagi esoknya kau tetap bangun lambat jugak. Heh, kalau dah dasar malas bangun pagi, tak perlu berpura-pura rajin. Buat macam aku, overnight sebab nak study, tapi jangan kau tiru tertidur pukul 6 pagi.

#fakta : aku berjaga menghadap rumus kalkulus semasa semester satu, bengapnya aku tertidur pukul 6 pagi dan terlepas paper kalkulus. Nasib baik itu hanya quiz.

Tidur memang nikmat. bila balik kuliah, setelah berjalan beribu-ribu kilometer untuk sampai ke bilik yang nyaman. Jangan kau cakap katil kau tak menyeru kau. Dah macam ada Pamela atas katil tu nak tolong dodoikan kau tido. Lenanya tak perlu diceritakan.

p/s : entri ni aku buat masa aku rasa nak tidur.






Monday, 13 February 2012

AISKRIM

Assalamualaikum.

Ape kau kisah pasal aiskrim? Aiskrim antara benda yang mampu buat kau alpa dari masalah dunia buat seketika. Pergh! Aku ada bakat nak jadi sasterawan.

Masa kecik-kecik dulu jangan kau cakap tak pernah makan aiskrim Malaysia. Rupa bentuk aiskrim?

*contoh aiskrim asam boi*

Mula-mula habiskan dulu aiskrim tu, bila dah habis baru kemam-kemam asam boi. Aku tak puas hati betul bila tiap kali balik sekolah mintak mak cik jual aiskrim, nak aiskrim asam boi dia jawab "dah habis dik, adik lambat sikit je. budak tu dah beli yang last". Benci.

Start dari peristiwa tu aku mula merengek kat mak aku suruh dia buat aiskrim Malaysia jugak. Heavennya bila cuti sekolah pun dapat makan aiskrim. Percuma pulak tu. Harga aiskrim Malaysia ni tak lah mahal sangat. Masa aku darjah satu, sebatang seposen. Masa aku darjah dua, seposen dapat sekerat je.

Tak aci betol. Cuba kau fikir, bila beli aiskrim asam boi. Asam boi tu letaknya kat bahagian yang bunjut tu. Bila turn aku beli, tinggal bahagian takde asam boi. Kurang asam betul.

p/s : buat entry sambil makan aiskrim walls sundae.

Sunday, 12 February 2012

STUDY

Assalamualaikum.

Tajuk paling meluat seantero dunia terpapar di atas. Jangan risau, aku bukan nak ajak kau study. Aku cuma nak bagitau kenapa aku rasa study tu meluat, meloya, menyampah, memual dan lain-lain. Aku yakin kau pun setuju sangat dengan statement aku, kan? tak payah kau nak berlagak hero sangat sampai tak pernah merasa perasaan yang aku sebut bila berkait dengan study. ok, stop melalut.

Aku bukan nak hasut kau, tapi kau taulah. Asal nak start study, pasti ada benda menghalang.


MESSAGE DARI BF/GF


Ini memang penyebab utama aku jadi meluat nak study. Jangan kau berpura-pura message buah hati kau yang panjang meleret yang kau baca sambil senyum-senyum kambing tu tak menarik macam buku kuliah. Damn message beliau lebih menarik even kalau baca lapan belas ratus kali pun kau tetap nak sengih kan?


SAMBUTAN HARI JADI


Sila angkat kaki kalau kau tak teringin nak join bila tengok member-member dah prepare bahan untuk sambut hari jadi member. Buku tu hari-hari ada beb, hari jadi member setaun sekali, kalau tak 'sambut' taun ni, taun depan belum sure lagi. For sure lepas je 'sambutan' nan meriah hasil usaha keras kau dan rakan-rakan, kau keletihan sebab penat bekejar dan dikejar. Study? kirim salam je.


WAYANG BARU


Mission Impossible dah keluar bro! Kalau tak pergi tengok rugilah, ape story nak di share dengan geng kan? Gigihlah kau mencari link download free. Bila masa kau nak tatap buku? Menyampah je nak study bila teringat muka Sir Andrew yang annoying dengan lidah berbelit beliau yang bewarna pink tak pink sangat tu. Cuba kau bandingkan dengan rupa heroin dengan rupa lecturer?


DEMAM


Sebenarnya bukan nak menyalahkan qada' dan qadar, tapi bila penyakit datang melanda, confirm kau rasa kau study pun tak masuk. Maka, janganlah kau bazir masa nak buat kekonon rajin gila nak study. Baik kau habiskan masa dan rehat secukupnya seperti nasihat doktor. Cehh.


Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah aku share sikit-sikit. Kau pun malas nak baca aku tulis apa kan?

p/s : aku melantak banyak harini. GEMUK.

Thursday, 9 February 2012

MAKANAN PALING POPULAR

entri berunsur makanan ditengah hari memang popular sepopular makanan yang bakal aku sebutkan. Kau rasa makanan apa yang paling banyak sekali orang sebut? dah tau dah kau tak sepandai aku sebab tu kau senyap je kan?

Serius : Ayam adalah sejenis binatang yang menjadi kegemaran pelbagai lapisan umur bahkan ia boleh dianggap popular kerana hampir setiap hari seseorang itu akan menyebut perkataan AYAM.

Aku malas nak tulis, layan gambar yang menunjukkan ayam tu popular.


Lagu mengenai ayam.

Jalil Hamid - Ayam
Ayam bermacam ayam
Ada ayam siam, ayam kampung, ayam turki, ayam belanda
Macam-macam perihal ayam
Hangat-hangat tahi ayam, sabong ayam, nasi ayam, telor ayam

Ayam hutan boleh terbang
Ayam kampung dalam reban
Ayam bandar di dalam pasar
Kadang-kadang ada harga turun harga naik harga

##
Ibu si ibu ayam
Telor sebiji rioh sekampong
Oh oh oh ibu, si ibu ayam
Telor dieram anak sereban

##
Kata bidalan berkaki ayam
Kalau makan ajak-ajak ayam
Kalau nak tidor
Tidor-tidor ayam
Kalau tak nampak itu rabun ayam

###
Makan leher ayam
Nanti bersanding kepala teleng yam..
Makan tongkeng ayam
Nanti mulut tak reti diam

Makan kaki ayam
Kais pagi makan malam
Makan cakar ayam
Sakit gigi siang malam

####
Makan kepak ayam, peha ayam, dada ayam
Satu tak boleh makan
Jangan makan bulu ayam

ulang ##, ###, ####, ### & ####

Restoran berasaskan ayam.



Cerita kartun ayam.



Parti ayam.


Ayam sangat popular berbanding kau, kau, kau. ok, puas!

p/s : aku makan ayam tadi. lelangit aku kebas sebab ayam terlampau panas.cilake.

NOMBOR YANG PERTAMA IALAH SATU

Sebab nombor pertama ialah satu adalah disebabkan nombor satu itu adalah nombor perdana tetapi tak ada kaitannya dengan perdana menteri Malaysia negaraku tercinta mahupun menteri negara Kazakhstan *betul ke ejaan ni?

Belog ni aku buat sebab aku suka nak buat. Kalau kau nak baca, aku tak marah pun. Memandangkan ini adalah entri aku yang pertama, saja-saja aku tulis sebab nak rasmikan belog ni. Kalau takde entri nampak benor pemalasnya.

Sekian, terima kasih.

p/s : kau nampak tajuk belog aku ni apa? aku tak tau kenapa aku pilih tajuk tu.