Sia-sia kau jadi manusia kalau kau tak mengerti nikmatnya tidur. Tidur yang paling nikmat ialah bila pagi esok kau ada exam. Memang payah nak bangun pagi time-time macam tu kan? Aku tau dah. Mana aku tau? Kau jangan tunjuk bengap sangat, aku pun student jugak dulu.
*gambaran Sir Andrew dan kau dalam kelas*
Sir Andrew : Esok kita ada pop kuiz. Jangan ponteng.
Kau : Aku kena tidur cepat malam ni. Kalau tak esok pagi takut oversleep.
Pagi esoknya kau tetap bangun lambat jugak. Heh, kalau dah dasar malas bangun pagi, tak perlu berpura-pura rajin. Buat macam aku, overnight sebab nak study, tapi jangan kau tiru tertidur pukul 6 pagi.
#fakta : aku berjaga menghadap rumus kalkulus semasa semester satu, bengapnya aku tertidur pukul 6 pagi dan terlepas paper kalkulus. Nasib baik itu hanya quiz.
Tidur memang nikmat. bila balik kuliah, setelah berjalan beribu-ribu kilometer untuk sampai ke bilik yang nyaman. Jangan kau cakap katil kau tak menyeru kau. Dah macam ada Pamela atas katil tu nak tolong dodoikan kau tido. Lenanya tak perlu diceritakan.
p/s : entri ni aku buat masa aku rasa nak tidur.

No comments:
Post a Comment