Sunday, 12 February 2012

STUDY

Assalamualaikum.

Tajuk paling meluat seantero dunia terpapar di atas. Jangan risau, aku bukan nak ajak kau study. Aku cuma nak bagitau kenapa aku rasa study tu meluat, meloya, menyampah, memual dan lain-lain. Aku yakin kau pun setuju sangat dengan statement aku, kan? tak payah kau nak berlagak hero sangat sampai tak pernah merasa perasaan yang aku sebut bila berkait dengan study. ok, stop melalut.

Aku bukan nak hasut kau, tapi kau taulah. Asal nak start study, pasti ada benda menghalang.


MESSAGE DARI BF/GF


Ini memang penyebab utama aku jadi meluat nak study. Jangan kau berpura-pura message buah hati kau yang panjang meleret yang kau baca sambil senyum-senyum kambing tu tak menarik macam buku kuliah. Damn message beliau lebih menarik even kalau baca lapan belas ratus kali pun kau tetap nak sengih kan?


SAMBUTAN HARI JADI


Sila angkat kaki kalau kau tak teringin nak join bila tengok member-member dah prepare bahan untuk sambut hari jadi member. Buku tu hari-hari ada beb, hari jadi member setaun sekali, kalau tak 'sambut' taun ni, taun depan belum sure lagi. For sure lepas je 'sambutan' nan meriah hasil usaha keras kau dan rakan-rakan, kau keletihan sebab penat bekejar dan dikejar. Study? kirim salam je.


WAYANG BARU


Mission Impossible dah keluar bro! Kalau tak pergi tengok rugilah, ape story nak di share dengan geng kan? Gigihlah kau mencari link download free. Bila masa kau nak tatap buku? Menyampah je nak study bila teringat muka Sir Andrew yang annoying dengan lidah berbelit beliau yang bewarna pink tak pink sangat tu. Cuba kau bandingkan dengan rupa heroin dengan rupa lecturer?


DEMAM


Sebenarnya bukan nak menyalahkan qada' dan qadar, tapi bila penyakit datang melanda, confirm kau rasa kau study pun tak masuk. Maka, janganlah kau bazir masa nak buat kekonon rajin gila nak study. Baik kau habiskan masa dan rehat secukupnya seperti nasihat doktor. Cehh.


Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah aku share sikit-sikit. Kau pun malas nak baca aku tulis apa kan?

p/s : aku melantak banyak harini. GEMUK.

No comments:

Post a Comment